Tuesday, April 28, 2009

Values of 1Malaysia Part 2, Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 2: Ketabahan

Taken from www.1Malaysia.com.my
By the Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Values of 1 Malaysia - Part 2: Perseverance
Wednesday, 08 April 2009


I believe that the second key value of 1 Malaysia is a mainstay for all nations that have survived challenging periods in their history. Hence, the significance of perseverance as a value that all Malaysians must develop and nurture is tremendous, particularly in present times.


PERSEVERANCE
Life is never easy. Any notion that life is kind of a linear curve that goes up and up all the way I think is a fallacy. One should expect that life is a series of ups and downs.

But if you are someone who believes in hard work, and if you are totally dedicated, and if you persevere against all odds, then whenever you come across against any adversity, then you are able to ride through the storm and be able to put yourself back on track, you've got to appreciate and understand that there are times when you face difficulties.

And it is the same with Malaysia as a nation, we've faced many crises before, whether it's the financial crisis, whether it’s against the communists or against some other turbulent time in our history. But each time we have been able to weather the crisis and emerge stronger as a nation.

But all that has been achieved because we’ve been able to put our minds to it. We've worked very hard and we've always been able to persevere against the odds and eventually prove the skeptics wrong.


On persevering through personal challenges
Throughout my life I've always had to put in that little bit extra effort to prove myself because I didn’t want people to look at me and say "he's there because he has a name, or his family name has propelled him there".

Granted, I’ve had that advantage, but at the same time, it's also a kind of a burden because you always have to prove yourself that you deserve it. And I've always been conscious of the fact that I needed to show that I could do the job, and do it well.

And in terms of personal setbacks, I think the most poignant in my memory would be the political setback I experienced in my own constituency back in 1999, when I scraped through with a very small majority of 241.
At that time, people said I would be history in a short time, and some of them event suggested that I change constituencies.

But I remained steadfast and I told myself that whatever it is, I want to continue to fight. If I have to go down, I’ll go down fighting. And I told myself I can prove the skeptics wrong and lo and behold, within 4 years, a small majority, a slender majority of 241 was translated to a massive majority of 22,922 and as you know in the last General Election, I achieved the best in performance in terms of BN majority for any parliamentary constituency when I managed to garner 226, 464.

That was the size of my majority. But I don’t think that I could have gotten that massive majority if not for the setback in 1999. When I experienced the setback, I realized that I needed to do more. I needed to be more creative, I needed to approach things differently, and that has produced the incredible change and improvement, a massive improvement.



Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 2: Ketabahan
Wednesday,
08 April 2009


Saya percaya bahawa nilai utama 1 Malaysia yang seterusnya merupakan tulang belakang bagi semua negara yang pernah berjaya mengatasi zaman-zaman yang mencabar dalam sejarah mereka. Maka, pengertian nilai ketabahan sebagai satu nilai yang wajib dipupuk dan dibentuk oleh setiap rakyat Malaysia itu sangat dalam, terutamanya dalam tempoh waktu ini.


KETABAHAN Kehidupan bukan semuanya mudah.

Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya pada saya adalah suatu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi.

Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan dengan berbagai krisis sebelum ini, sama ada krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita.

Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut.

Kita telah berkerja dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.
Tentang ketabahan mengharungi perubahan peribadi Disepanjang kehidupan saya, saya sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana saya tidak mahu orang lain memandang kepada saya dan berkata "dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ".

Benar, saya memiliki kelebihan tersebut, namun pada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana anda perlu sentiasa membuktikan bahawa anda wajar mendapat semua itu.

Malah saya sentiasa menyedari bahawa saya perlu menunjukkan saya mampu melakukannya, dan melakukannya dengan baik.

Dan dalam hal kekecewaan peribadi, rasa saya yang paling memilukan dalam ingatan adalah kekecewaan politik yang saya alami di kawasan saya sendiri pada 1999, apabila saya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.


Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi saya akan menjadi sejarah, dan lebih daripada itu sebahagian daripada mereka mencadangkan supaya saya bertukar kawasan.

Tetapi saya kekal berpendirian teguh dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali pun saya akan terus berjuang. Jika saya perlu jatuh rebah, saya akan rebah dalam perjuangan.

Dan saya menyatakan pada diri sendiri saya boleh membuktikan bahawa para pewaham adalah silap dan nah, lihatlah, dalam jangka masa 4 tahun, majoriti yang kecil, majoriti tipis 241 telah dijelmakan kepada majoriti besar berjumlah 22,922 dan sebagaimana yang anda ketahui, pada Pilihan Raya Umum yang lepas saya mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila saya berjaya meraih 26,464.

Itulah saiz majoriti yang saya perolehi. Tetapi saya tidak fikir mampu mendapat majoriti sebegitu besar jika tidak kerana kekecewaan pada 1999.

Apabila mengalami kekecewaan tersebut, saya menyedari perlunya melakukan lebih lagi. Saya perlu menjadi lebih kreatif serta perlu membawa pendekatan yang berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.

No comments:

Post a Comment