Tuesday, April 28, 2009

8 Values of 1 Malaysia - Part 4: Acceptance, 8 Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 4: Penerimaan

Taken from www.1Malaysia.com.my
By the Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

8 Values of 1 Malaysia - Part 4: Acceptance

Thursday, 16 April 2009



ACCEPTANCE

On the importance of acceptance over tolerance.

I think there's quite a big difference between the two (tolerance and acceptance). I think when you say you tolerate, you don’t quite like it, but you accept it because you have no choice. But if you talk in terms of acceptance, it indicates a state of mind that you are embracing something positively.

I think it's important for us to migrate from this concept of mere tolerance to acceptance. Acceptance in the sense that you are ready to accept things. If you’re willing to accept things, if you embrace things willingly, then I think your capacity to look at things in a more positive manner is much better than mere tolerance.


I think that’s important because then you don’t have any baggage and you’re not weighed down by any negative pre-conceived notions and you’re willing to look at the best the person can offer. This is what we require for Malaysia. We have to get the best of the Malays, the best of the Chinese, the best of the Indians, the best of the others and mold them together so that collectively we’ll be much bigger than the sum of the individuals.

On the government's role in nurturing acceptance

I think we have to embark on policies that seem to be fair and implemented in a way that reflects our commitment. For example, when we talk about helping the poor, we must be helping the poor of all communities. And I think the poor of all communities deserve to be helped. So our programmes, our financial allocations must reflect the need to tackle the problems of the poor across all racial and ethnic lines. That’s an example of the policies on that level.

There is also the other consideration, for example, developing talent in Malaysia. I think every Malaysian should be able to accomplish the maximum in terms of his or her self-development. The system we have in place, the education system, the scholarships, the financial assistance, the opportunities should reflect this, that there are no limits. The limits are not set because of your ethnic background. The limits are set because of your own personal ability.



8 Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 4: Penerimaan

Thursday, 16 April 2009

Saya ingin memperkenalkan nilai utama 1 Malaysia yang seterusnya, iaitu Penerimaan.

PENERIMAAN

Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi

Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan).

Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif.

Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara.

Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata.


Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu.

Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.


Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan

Saya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin, kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum.Itu adalah sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut.

Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa tidak terdapat sebarang had.

Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda sendiri.

No comments:

Post a Comment