Taken from www.1Malaysia.com.my
By the Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
8 Values of 1 Malaysia - Part 5: Loyalty
Monday, 20 April 2009
I believe that loyalty is a very important but often misunderstood and misused value.
LOYALTY
I think loyalty is important because it is a cornerstone of trust. In any relationship, loyalty is important. As a friend, for example, you're loyal to your friend, because if you're loyal to your friend, it develops trust.
A personal bond between you and the other person. But I would define loyalty as something which should not be taken to the extreme where it's blind loyalty.
I think in the government service, for example, the government administration, certainly one needs to be loyal to the leader. But one should also be loyal to the leader for as long as the leader is also loyal, in the sense that the leader performs, the leader is committed to his work, is dedicated.
And loyalty does not mean that you cannot criticize, but of course you should criticize in the right manner, in the right place and the right time, for example. I would certainly appreciate that, whether it's in a personal relationship or in the context of my colleagues that there'll be a time and opportunity for them to offer some constructive views, for example, even criticism, which I think is necessary. But loyalty should also be coupled with ability.
You cannot just reward a person just because he or she is loyal, but you forget the fact that loyalty without performance, without ability will not be adequate. Loyalty is important, yes, but it has to be coupled with other considerations as well.
Yes I think gone are the days when loyalty should be misconstrued as blind faith, or as having a carte blanche in terms of personal relationship, that you can do whatever you like, and you get away with it. I think that's wrong. I think it would be a disservice in terms of personal relationship or whether it's in the government, that there is no room for constructive criticism or even dissent.
Provided it is done in a very correct manner, and with good intentions.
8 Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 5: Kesetiaan
Monday, 20 April 2009
Saya percaya bahawa kesetiaan merupakan satu nilai penting yang sering disalahtafsir dan disalahguna.
KESETIAAN
Pada saya kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan.
Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain.
Tetapi saya juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga menjadi kesetiaan membuta tuli. Pada saya di dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, pentadbiran kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin.
Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, dalam erti kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada tugasnya dan berdedikasi.
Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan.
Saya sudah tentu akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina contohnya, malah kritikan yang pada saya adalah diperlukan.
Tetapi kesetiaan juga hendaklah disertai dengan keupayaan. Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi melupakan kenyataan bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi.
Benar, kesetiaan adalah penting, tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga.
Ya, pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi, yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah.
Pada saya ia adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau sama ada di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.
No comments:
Post a Comment