Tuesday, April 28, 2009

8 Values of 1 Malaysia - Part 6: Meritocracy, 8 Nilai-nilai 1Malaysia - Bahagian 6: Meritokrasi

Taken from www.1Malaysia.com.my
By the Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

8 Values of 1 Malaysia - Part 6: Meritocracy
Thursday, 23 April 2009


Like all the previous values of 1Malaysia which I had introduced, Meritocracy must be understood and developed with Malaysia's social and economic factors in mind.


MERITOCRACY
Basically everybody knows what it means, this principle of meritocracy, but it cannot be applied in the purest sense, because there are times when you have to take into account certain other factors. For example, people who are disadvantaged, or people who live in rural areas, in estates, in new villages who are outside the mainstream of the more dynamic part of society.

They would certainly need certain considerations. But by and large, meritocracy is not only a noble principle, but a necessary principle for us to propel Malaysia forward to greater heights.

I talked at the outset about the culture of excellence and one of the principles of the culture of excellence is the principle of meritocracy. If you reward people on the basis that they are the best, whether it's the best man for the job or the best company to get a contract, then people realize that they have to be at that level. They have to perform.

Once they realize that they have to perform, that will bring out the best in people I think. So we don't want Malaysia to underperform as a country. If I look at Malaysia, I want it to punch above its weight, using a boxing term. If you apply this culture of excellence and the principle of meritocracy, I think it would be the necessary ingredient for us to maximize the potential of Malaysia.


On the government's move towards enhanced meritocracy
It does mean that the various aspects of the government service and the society as a whole should be predicated on this basis of meritocracy. For example, government procurement.

You should institute a policy which ensures competitive bidding, because once you have competitive bidding, the chances of you selecting the best company for the job at the lowest price and technically acceptable at the same time are far greater than the basis of negotiated tender, for example.

Even the principle of privatization, some of the problems that we have encountered on the basis of privatization in the past, when we had very little knowledge about how to implement privatization, we at the outset, went on the principle of first come first served.

So if you have an idea then you're given that opportunity. But in fact, looking back it's better for us to have identified certain services or certain areas that we want to privatize and open it up for bidding. Then the best proposal can be considered by the government.

So these are some specific examples of how meritocracy can be applied.


8 Nilai-nilai 1Malaysia - Bahagian 6: Meritokrasi

Thursday, 23 April 2009

Sepertimana yang diterangkan dalam nilai-nilai 1Malaysia yang telah saya perkenalkan sebelum ini, Meritokrasi harus difahami dan dibentuk mengikut faktor-faktor sosial dan ekonomi di Malaysia.

MERITOKRASI Pada dasarnya semua orang tahu makna perkataan ini dan prinsip meritrokrasi, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain.

Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik.

Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritrokrasi bukan saja satu prinsip yang mulia, tetapi satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat. Sejak awal lagi saya telah membincangkan tentang budaya kecemerlangan dan satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritrokrasi.

Jika anda memberikan penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada orang yang terbaik untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut.

Mereka perlu memberikan yang terbaik. Pada saya setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, saya mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya.

Jika anda menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritrokrasi ini, pada saya ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk kita memaksimakan potensi Malaysia.


Tentang langkah kerajaan ke arah meningkatkan meritrokrasi
Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritrokrasi.

Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan. Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan, contohnya.

Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat.

Makanya jika anda mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut. Tetapi kenyataannya, memandang kebelakang adalah lebih baik untuk kita mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang kita hendak swastakan dan membukanya untuk pembidaan.

Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh kerajaan.

Jelaslah terdapat contoh-contoh khusus tentang bagaimana meritrokrasi boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment