Tuesday, April 28, 2009

8 Values of 1 Malaysia - Part 7: Education, 8 Nilai 1Malaysia - Bahagian 7: Pendidikan

Taken from www.1Malaysia.com.my
By the Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

8 Values of 1 Malaysia - Part 7: Education
Sunday, 26 April 2009

My vision of 1 Malaysia includes that of a nation whose people have enriched their lives through the pursuit of and a positive application of knowledge. A life-long education process which takes place in and outside of the classroom will produce Malaysians who are able to think and act less selfishly, and more for the community in which they live.

EDUCATION

Education and knowledge are important prerequisites for any nation to succeed and throughout history we've realized that the only empires that have survived are the empires of the mind, particularly in the present context. An empire built on military strength have not survived and cannot survive. So when you talk about education and knowledge, it must be seen in a holistic context. It must be integrated with values as well. You must have a society which places education and knowledge at the apex of everything. Not only the government, but society as a value. For example, the culture of reading. If you just rely on formal text books, you're not going to gain as much as you ought to. But if you have this culture of reading, this habit of reading, whether through books or through the internet then you are able to open up the Malaysian mind. And I'd like to see the Malaysian mind more and more opened up.

We are constrained by the fact that we have different [education] streams in the country. We don't have one stream, as such, we don't have one national stream. Even the national stream has been redefined to include the vernacular schools. It is both a strength as well as a problem and a challenge for us because we won't have the opportunity for Malaysians to grow up together through one school in a physical sense, but they will be compartmentalized.

95 per cent of Chinese will go to Chinese schools, 97 per cent of malays will go through the sekolah kebangsaan or national schools. So we will not have the opportunity.

But what we can do is to ensure that there are opportunities for us to interact by looking at the curriculum and emphasizing on common values, so that even if we are physically separated, but if we are imbued with the same value system, hopefully at some point in time, we will converge. When we converge, in the physical sense, we will be able to appreciate each other better.




8 Nilai 1Malaysia - Bahagian 7: Pendidikan
Sunday, 26 April 2009

Visi saya tentang 1Malaysia termasuk juga tentang negara yang rakyatnya telah mengayakan kehidupan mereka melalui usaha mendapatkan dan menggunakan pengetahuan secara positif. Proses pendidikan seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah akan membentuk rakyat Malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka.


PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik.

Ia juga mesti disepadukan dengan nilai. Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet, maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.


Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalm negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untruk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masaalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan.

95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah China dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan.

Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.

No comments:

Post a Comment