Tuesday, April 28, 2009

8 Values of 1 Malaysia Part 3 Humility, Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 3: Rendah Hati

Taken from www.1Malaysia.com.my
By the Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

8 Values of 1 Malaysia - Part 3: Humility
Tuesday, 14 April 2009


HUMILITY

I think humility is an important trait to have. In the context of – let’s say for example if you’re a politician. If you’re a member of Parliament. To be humble basically is an asset because in our society, especially in our traditional society, they tend to appreciate people who exhibit the trait of being humble. In Islam, it is the concept of Tawaddu’, which is humility, translated as humility.

As you know in the Malay society, one is expected not to be too showy. When you go and do your work as a member of Parliament, for example, you must be able to fit in with the society. I’m very conscious of the fact that when I do my work as a member of Parliament that I’m at ease with that kind of situation. For example, if I’m in the surau, or I go to a house that belongs to a poor member of my constituency, I make sure that I behave in a way that I will make the person feel comfortable, and I’m not going there and looking down on or having a patronizing attitude towards them. So basically I think it is an asset. But being humble must not be a sign of weakness either.

In certain societies, it tends to be misinterpreted as a sign of weakness. When you deal with outsiders, for example, there are times when you need to show your strength. You need to show your confidence, because when you are seen as being too humble in their perspective, it is deemed as a sign of weakness.

So I think it is also quite situational, you must realize that within the Malaysian society it is an asset, but there are times when you are dealing with the world that you do need to show your strength and your success, but not in a heavy-handed manner.



Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 3: Rendah Hati

Tuesday, 14 April 2009


RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam konteks – contohnya katakanlah jika anda seorang ahli politik. Begitu juga jika anda seorang ahli parlimen.

Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Saya sangat menyedari akan keadaan bahawa apabila saya melakukan tugas saya sebagai ahli parlimen, saya sangat selesa dengan keadaan tersebut. Sebagai contoh, jika saya berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasan saya, saya memastikan tingkah laku saya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa, dan pemergian saya ke sana bukanlah bertujuan memandang rendah atau bersikap menghina mereka. Maka itu pada saya ia adalah satu aset.

Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalah ertikan sebagai satu petanda kelemahan.

Apabila berurusan dengan orang luar contohnya, adakalanya anda perlu menunjukkan kekuatan anda. Anda perlu memperlihatkan keyakinan kerana apabila anda dilihat sebagai rendah diri pada sudut pandangan mereka, ia dianggap sebagai satu petanda kelemahan.

Maka itu saya merasakan ia juga adalah mengikut keadaan, anda mesti sedar bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila anda berurusan dengan dunia luar anda perlu memperlihatkan kekuatan dan kejayaan anda, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.

No comments:

Post a Comment