Sunday, July 6, 2008

Hot and Happening 2008 Dalam Kenangan...


DJ Hot ngan DJ Happening tengah melakonkan fantasi terhebat.


Adoi! Macam nak tercabut kepala tumit aku...

Apa2 pun... Aku rasa organizer rasa event kali ni memang best... Walaupun aku penat nak mampos idop balik... Nanti aku share apa yang menarik waktu tu.



Pix.

Abang ni aku rasa dia femes, tapi aku x kenal.


Akak Fairuz Hussein... Bila kurindu... Aku tersebut namamu...


Khai Wildlife kena cekik.

Cubaan mencekik yang nampak cam nak kiss molot ke molot... Wakaka..


Nyonya ni aku tak ingat nama... Tapi dah 2-3 kali aku jumpak dia waktu buat event, kena cekik!

Syafiq KK Sound kena cekik! Over-acting siot!

Cousin Aush, overacting jugak!


Sepupu Aush... DJ apa ntah... Aku buat dia kusyen yang empuk dan bergerak2.

Adik Aizat yang comel kena cekik belakang pentas ngan aku...


Ahli Fiqir teringin nak cekik aku sebab dorang tgk aku asik cekik orang sambil tangkap gambo...

Kumpulan S.I.M. takmau lepas peluang mencekik aku gaks...

Belah kanan tu Safuan, lawak gile mamat tu. Aku tanya dia budak mana... dia bagi aku alamat penuh siap ngan cakap nak ajak kuar, kena mintak izin mak bapak dia lagi, aku balas, kalo aku nak bawak dia kuar, aku cekik dia bagi pengsan, aku kidnap je.


Aku mencekik Cik Baiti dari MTPL. Dia ni secara rasminya mangsa buli aku, tiap2 kali jumpak, harus ada je benda aku paksa dia buat, paling tidak pun aku paksa dia senyum. Hahaha...


Aku dengan ganasnya mencekik Abang Zul Yahya (look-a-like) Z of MTPL aka Mr. Stage Manager sebab selalu bagi benda last minit lepas tu cancel pun selepas aku dah buat announcement.

Aku tgh lepak lam troli dan dicekik oleh Minah jaga stage (sori, nama aku tak ingat la)


Aku balas dendam! Pompuan tak pompuan, tak kira jantina, aku cekup boh lam troli pehtu aku cekik dia...


Aku kat tempat favorite aku kat opis...


Highlights:


* Aku buli Aizat jalan penguin


* Aku cekik orang


* Orang cekik aku


* Aku rasa nak cekik orang betul2


* Orang tanya aku "Ada campo darah benggali ke?"


* Orang tanya aku "Ada campo darah siam ke?"


* Orang tanya aku "Ada campo darah cina ke?" (Amat jauh skali!)


* Orang tanya aku "U ni bangsa apa ek?"


* Orang cakap aku muda lagi dari Aush, aku ske!


* Orang ngorat aku, aku layan sket2 je


* Aku ngorat orang, orang tak layan


* Aku jatuh tangga belakang stage (sapa pun tatau)


* Aku ske sangat dok lam troli kat belakang stage, dulu kecik2 kat supermarket takde troli.


* Miss Helenz cakap aku hyper semalam, dia tatau, aku overdose gula.


* Ade satu makcik tu, aku rasa makcik yang sama yang lepak ngan Kak Oner atas cable car aritu. Bila aku tgk dia, dia tgk aku, aku angguk2 geleng2, dia pun ikut, rupa2nya makcik tu latah kategori serious, hmmm... Harus la masuk list mangsa favorite usikan aku.


* Model catwalk pompuan tu sorang ada buat rambut cam aku tapi aku lagi cantik, sebab aku reti senyum. Muka ala2 kena cucuk botox satu muka, langsung tak senyum pompuan itu.


* Ada orang cakap (lebey dari sorang) "abang/adik/u/hang/engko ni best la... Sure happening giler idup abang/adik/u/hang/engko ni kan?" (dorang talak tau funyer, kalo idup aku sehappening lakonan aku waktu handle event, harus aku takde kawan ato harus cikeding aku ni)

No comments:

Post a Comment