I am craving for Southern Thai Food! Specifically, Langkawi food!
Food I miss :
the traditional sour beef sausage in Pasar Malam Ayer Hangat
Green Curry Laksa with those small dried potent chili fried whole (making this soon)
Fried Chicken gizzard (pasaq malam ayaq hangat)
Mee Bandung Aziz
Mee hoon sup Hujung Penarak
LAKSA KAMDAR
Satay Daging Tasik Dataran
KARI HIJAU RAFII'S
Otak-otak Kelapa Muda Wan Thai
Nasi Goreng Naga Mas
Coq Peneram Makam Mahsuri
Bihun Goreng Mak Su Dah
Nasik Air dengan ayam goreng Bella Vista
Pan fried chicken chop Auntie Zai/DE Baron
Gulai Kosong + pedai ayam goreng + sambai Gulai Panas Teriang
Khao Mok Ghai + sambal tumis Kedai Mat Awie/Kak Pah
Apam Balik Kecik Mat Mie
Tau fu fuah pasaq malam kuah
Donut besaq pasaq malam kuah
And everything DAN LAGI!
So... Living one day at a time... As well as clearing my fridge... Let's make Khao Mok Ghai... Again...
KHAO MOK GHAI
(resepi rice cooker hat kecik)
Ayam - ramuan:
Ayam (I suka guna thigh/drumstick/wings)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
3 pokok daun ketumbar (sekali akar)
1 sudu fresh yogurt
1/2 sudu teh serbuk kari
1/2 sudu teh biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
Garam, gula merah secukup rasa
Cara: perap ayam semalaman (or for a few hours, but the overnight marinate will taste 400% nicer, I kid you not)
Sos: ramuan
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
3 biji cili padi (ijau)
Cuka makan,
Gula merah, sos ikan, garam... Agak2...
Cara: Blend semua kasi hancur, letak dalam peti ais... Lagi simpan, lagi sedap, prepare waktu prepare ayam...
Bawang goreng: Jiew... (kalau x reti goreng bawang, sila berhenti memasak sekarang)
Nasi: Ramuan
1 pot beras siam (basuh, tos)
Bahan tumis :
1 btg kulit kayu manis
3 biji Cardamom
1 bunga lawang
Cara:
Lepas goreng ayam, angkat ayam, masukkan bahan tumis. Masak sampai wangi.
Masuk beras, masak sampai jernih. Masuk baki perapan ayam dan kacau.
Masukkan stok/air, kacau sehingga beras serap. Masuk ayam. Kacau.
Masak seperti masak Beriyani. Bila masak, kacau kasi peroi dan biaq 10 minit...
Hidang dengan bawang goreng, hirisan timun, sos hijau dan sos cili thai mai Phra nong...
No comments:
Post a Comment